Jangan tunggu skrin gelap terus. Kalau dengar bunyi pelik atau rasa panas melampau, laptop anda tengah bagi amaran.
Dengar Rintihan Laptop Anda: 5 Tanda Amaran
Laptop jarang mati mengejut. Dia jerit minta tolong dulu. Kenal tanda ni boleh selamatkan data dan duit.
1. Bunyi Enjin Jet
Kalau kipas bising walaupun cuma buka Google, sistem sejuk tersumbat. Haba membunuh cip. Fix: Servis Cuci.
2. Bunyi Klik-Klik
Bunyi berirama "klik-klik" bermakna Hard Drive dah nazak. Data akan hilang bila-bila masa. Fix: Backup segera dan tukar SSD.
3. Bateri Kembung
Trackpad susah tekan? Atau keyboard nampak benjol? Itu bateri kembung. Risiko terbakar. Fix: Cabut segera.
4. Blue Screen (BSOD) Kerap
Selalu crash biasanya sebab RAM rosak atau SSD corrupt. Jarang sekali sebab "virus" semata-mata. Fix: Diagnosis & Tukar komponen.
5. Engsel Bunyi "Prak"
Masa buka laptop rasa ketat atau bunyi merekah? Tapak engsel dah pecah. Kalau biar, dia akan patahkan kabel skrin sekali. Fix: Gam Epoxy / Ketatkan engsel.
Kesimpulan
Maintenance lagi murah dari beli baru. Servis RM 150 vs Laptop Baru RM 3,000. Tepuk dada tanya selera.
