Tukar kaca luar sahaja vs tukar satu set LCD iPhone. Macam mana nak jimat duit kalau skrin pecah tapi LCD masih elok.
Repair Skrin iPhone: Kaca vs LCD
Tahu tak ada dua jenis kerosakan skrin? Faham beza ni boleh jimatkan ratusan Ringgit.
1. Kaca Pecah Sahaja (Murah)
Kalau skrin retak tapi:
- Touch masih berfungsi elok.
- Tak ada garisan warna warni.
- Gambar nampak jelas.
Anda mungkin boleh buat Glass Refurbishment. Kami potong kaca yang pecah tu dan tampal kaca baru pada LCD asal Apple anda.
2. Rosak LCD (Harga Standard)
Kalau ada:
- Garisan hijau/pink.
- "Touch disease" (tekan tak jalan).
- Tompok hitam macam dakwat.
Anda kena buat Full Assembly Replacement.
Anggaran Harga
| Model | Repair Kaca Shj | Full Set (OLED) |
|---|---|---|
| iPhone 13 Pro Max | RM 450 | RM 900+ |
| iPhone 14 Pro | RM 550 | RM 1,200+ |
| iPhone 15 Pro Max | RM 700 | RM 1,500+ |
Isu True Tone & Face ID
Tukar skrin iPhone ni rumit:
- Face ID: Terikat dengan sensor atas. Kalau teknisian kekok terputuskan kabel ni, Face ID hilang selamanya. Kami sangat berhati-hati.
- True Tone: Kami guna alat programmer untuk copy data serial dari skrin lama ke baru.
- Mesej "Unknown Part": Untuk iPhone 11 ke atas, skrin baru akan keluar mesej ni. Ia NORMAL dan tak ganggu fungsi.
Kenapa Techfix?
Kami jujur. Kalau LCD anda elok, kami tak caj harga full set.
📍 Datang untuk cek percuma.
