Apa itu "Cycle Count"? Belajar cara cek kesihatan bateri Windows dan Mac, dan angka keramat untuk tukar baru.
Kesihatan Bateri 101: Rahsia "Cycle Count"
Bateri macam tayar kereta; dia haus bila jalan jauh. Dalam bateri, kita panggil "cycles".
Apa itu Cycle?
Satu cycle ialah penggunaan 100% kapasiti bateri.
- Contoh: Guna 50% hari ni, cas, esok guna 50% lagi. Tu baru 1 Cycle.
Bila Dia "Mati"?
Kebanyakan bateri litium tahan 500 ke 1,000 cycles.
- 0 - 500 Cycles: Prestasi terbaik.
- 500 - 800 Cycles: Kapasiti tinggal ~80%. Cepat habis.
- 1,000+ Cycles: "Service Recommended." Risiko kembung.
Cara Cek
Untuk MacBook:
- Klik Logo Apple (Kiri Atas).
- Tahan butang Option -> Klik System Information.
- Pergi ke Power.
- Cari Cycle Count.
Untuk Windows:
- Buka Command Prompt (Cmd).
- Taip:
powercfg /batteryreport. - Buka fail HTML yang dia buat.
Mitos "Cucuk Charger 24 Jam"
"Boleh ke biar laptop charging memanjang?" Boleh, tapi... laptop moden pandai stop caj bila penuh. TAPI haba membunuh bateri. Kalau main game sambil caj, haba tu yang rosakkan bateri lagi cepat.
Saranan Techfix
Kalau dah lebih 800 cycles, atau health bawah 80%, tukar je. Bateri lemah boleh buat laptop jadi slow (sebab tak cukup power untuk CPU).
📍 Servis Tukar Bateri: RM 180 - RM 450 ikut model.
