Tertumpah kopi atas MacBook? Berhenti! Jangan letak dalam beras. Ikut langkah kecemasan ini untuk selamatkan logic board dan data anda.
Panduan Kecemasan: MacBook Masuk Air
Masa sangat kritikal. Karat bermula dalam beberapa minit. Apa anda buat sekarang tentukan nasib MacBook RM 5,000 anda.
LANGKAH SEGERA (Buat Sekarang)
- PAKSA TUTUP (FORCE SHUT DOWN): Tekan button power 10 saat sampai skrin gelap. Jangan sibuk nak save kerja. Tutup terus!
- CABUT POWER: Cabut charger, pendrive, mouse.
- MOD KHEMAH (TENT MODE): Buka laptop 90 darjah dan terbalikkan macam khemah atas tuala. Biar air mengalir keluar dari keyboard, bukan masuk ke logic board.
- JANGAN ON LAPTOP: Walaupun nampak kering, air ada bawah cip. Kalau on, litar pintas (short circuit) akan berlaku.
Mitos Beras
JANGAN GUNA BERAS. Habuk beras akan masuk dalam port cas dan jadi gam bila kena air. Beras tak boleh sedut gula dari air kopi yang melekat pada board.
Kenapa "Eh, Boleh Hidup Lagi" Itu Bahaya
Selalunya, lepas tumpah air, laptop boleh hidup 2-3 hari. Lepas tu mati terus. Kenapa?
- Elektrolisis: Selagi ada elektrik mengalir dalam komponen basah, besi akan reput (karat).
- Gula: Air manis akan kering jadi gam konduktif yang shortkan litar.
Cuci Kimia Profesional (Chemical Wash)
Di Techfix, kami buat rawatan Ultrasonic:
- Lerai: Logic board dikeluarkan.
- Ultrasonic: Guna mesin getaran khas untuk keluarkan karat dari bawah cip.
- Mandian Alkohol: 99.9% Isopropyl Alcohol untuk buang wap air.
- Micro-soldering: Tukar fius atau kapasitor yang terbakar.
Kadar Kejayaan
- Hantar dalam 24 jam: 90% Berjaya.
- Hantar lepas seminggu: 50% Berjaya.
- On masa basah: 30% Berjaya.
Jangan tunggu. Hantar untuk servis kecemasan.
📍 Sunway Geo Avenue | 📞 017-355 5725
