Port cas iPad rosak atau cuma kotor? Cara cuci dengan selamat dan bila anda sebenarnya perlu tukar port baru.
Masalah iPad Charging: Kotor vs Rosak
Selalu jadi. Pelanggan datang cakap "iPad tak masuk cas!", sedia nak bayar RM 200. Kami ambil penyepit, keluarkan gumpalan habuk, dan ia terus berfungsi. Percuma je.
Langkah 1: Diagnosis
Suluh dalam lubang cas (Lightning atau USB-C).
- Nampak besi emas (pin)? Bagus.
- Nampak dinding kelabu/habuk? Itu habuk poket.
Langkah 2: Cuci Sendiri (Hati-hati)
- Guna pencungkil gigi kayu atau plastik. JANGAN guna jarum besi (nanti short circuit).
- Korek perlahan di dasar lubang.
- Tembak angin (compressed air) kalau ada.
Bila Kena Repair?
Kalau port dah bersih tapi:
- Kena goyang kabel baru masuk cas.
- Kabel rasa longgar/jatuh sendiri.
- Nampak kesan terbakar hitam.
Maka anda perlu Tukar Charging Port.
Cabaran Solder
Kebanyakan iPad, port cas dia disolder terus atas logic board. Bukan cucuk-cucuk je. Ia perlukan:
- Mikroskop.
- Mesin Hot Air.
- Tangan yang stabil.
Techfix pakar dalam kerja solder halus ni. Kami tukar port tanpa rosakkan cip sebelah.
Kos: Biasanya RM 150 - RM 350 ikut model. Masa: 2-3 Jam (Siap hari sama).
Jangan paksa kabel! Nanti rosak IC Power (Tristar). Hantar cepat.
