Skrin Surface Pro 4/5 anda bergegar bila panas? Ini adalah cacat kilang "Flickergate". Kami terangkan kenapa ia berlaku dan cara baiki kekal.
"Flickergate": Mimpi Ngeri Pengguna Surface
Adakah skrin Surface Pro anda mula bergegar, imej jadi ganda, atau kabur lepas 1-2 jam guna? Ini masalah hardware terkenal dipanggil "Flickergate", biasa kena pada Surface Pro 4.
Punca: Haba
Cip display controller pada skrin asal tak tahan panas. Bila panas sikit je, dia gagal sync, jadi skrin melompat-lompat. Cuba letak dalam peti ais 10 minit, elok kan? Tu tandanya cip hardware rosak.
Fix Software? (Jangan Buang Masa)
Anda akan baca tips macam:
- Update driver.
- Tutup Hyper-V.
- Tukar resolution. Semua ni takkan jadi. Cip tu dah fizikal rosak.
Solusi: Tukar Skrin (Dengan Upgrade)
Satu-satunya cara ialah tukar skrin. Upgrade Techfix: Untuk Surface Pro 4, kami pasang skrin Surface Pro 5 (LG) menggunakan kabel modifikasi khas. Skrin Pro 5 dah fix masalah ni.
- Hasil: Takkan bergetar lagi.
- Bonus: Warna lagi cantik.
Harga
Kos dalam RM 550 - RM 800. Masih jauh lagi murah dari beli Surface baru RM 6,000.
Jangan biar kerja terganggu. Hantar repair.
